Tuesday 7 February 2017

Ah long.

Seorg pengetua pusat tahfiz bergelar ustaz sanggup menggadaikan 2 bangunan yg diwakafkan sebagai asrama tahfiz kepada Ahlong angkara pelaburan forex yg menjanjikan pulangan lumayan.
Ustaz tersebut mencagarkan 2 buah bangunan tersebut kepada Ahlong untuk mendapatkan pinjaman berjumlah RM200,000.00 bagi tujuan pelaburan forex yg akhirnya melayang hangus.
Sedar akan kesilapan yg dilakukan, Ustaz tersebut memohon bantuan PPIM, hasil siasatan mendapati jumlah hutang termasuk pelbagai caj (faedah, penalty & lain2) telah meningkat kepada RM600,000.00.
Alhamdulillah, setelah perancangan teliti dengan kerjasama pihak Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), Ahlong yg berkenaan ditahan untuk tindakan lanjut.
Ramai mangsa Ahlong terjerat kerana menyangkakan mereka mampu berurusan secara sendiri dengan Ahlong tanpa sebarang masalah yg akhirnya jangkaan tersebut rata-rata meleset.
Sehubungan dengan itu, sekiranya anda atau kenalan anda mempunyai masalah berkaitan Ahlong, kami nasihatkan anda untuk segera melaporkan aduan kepada Unit Banteras Ceti Haram PPIM bagi mendapatkan bantuan.
Untuk makluman semua, Ahlong menggunakan pelbagai taktik licik & zalim untuk memerangkap mangsanya. Bunga yg tidak masuk akal serta ugutan menyebabkan mereka yg meminjam dari Ahlong akhirnya menjadi hamba Ahlong untuk selama-lamanya.
Unit Banteras Ceti Haram PPIM boleh dihubungi ditalian 013-3071 999 atau 019-3458 444.
Kami menasihati masyarakat jangan sesekali meminjam dari Ahlong!
Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
013-3071 999 / 019-3458 444
03-4257 7222 / 03-4256 6618
Sebarkan maklumat ini kepada kenalan anda atau mangsa Ahlong.

Astarfirullah Rabbal Baraya.